"Dengan Nama ALLAH,Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang"
Surah
Al-Insyirah adalah Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran. Surah ini
diturunkan di Mekah, mengandungi 8 ayat. Dinamakan surah “Al-lnsyiraah
(Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala
menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi
Muhammad (s.a.w.) ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan
iman dan hidayah pertunjuk).
Artinya :
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta
mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah
meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati
tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,(Sekali lagi
ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai
kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal
salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini).
-Bagi siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.-Bagi siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.-Bagi siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.-Bagi siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.-Bagi siapa
susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang
tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, yaitu :
1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t
.
-Bagi siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
-Bagi siapa berhajat
sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau
1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya,
nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
-Bagi siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar